Sunday, October 19, 2014

Gitar

Gitar merupakan sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis muzik. Gitar terdiri daripada satu batang leher yang panjang,terdapat ruas-ruas yang dipanggil “fret” dan badannya seakan-akan bentuk biola. Gitar merupakan alat muzik yang sangat popular dalam kalangan masyarakat tak kira muda atau tua.Golongan muda ada caranya sendiri denganmenubuhkan band manakala golongan tua dengan gayanya.
 Gitar banyak digunakan sebagai alat utama muzik kerana gitar sejenis alat muzik yang unik berbanding alat-alat muzik yang lain. Jenis genre antaranya adalah blues, desa, flamenco, pop rock, jazz dan rock retro. Terdapat enam jenis gitar iaitu gitar klasik, gitar elektrik, gitar semi akustik, gitar sepanyol,gitar elektrik bass bertali lima dan gitar pelik moodswinger. Antara gitar yang biasa dimainkan oleh artis zaman sekarang adalah gitar elektrik dan gitar akustik. Gitar juga mempunyai empat jenama yang terbaik di dunia iaitu Gibson, gitar Finder, gitar Morrison dan gitar Yamaha.

Terdapat beberapa kelebihan bermain gitar seperti kita mampu menjana pendapatan seharian. Contohnya bagi pelajar yang cuti semester atau yang baru sahaja menghabiskan pelajaran yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan mereka boleh menggunakan bakat yang boleh bermain gitar untuk mencari duit lebih di majlis perkahwinan atau “busking”. Selain itu, bermain gitar mampu menghilangkan rasa bosan dan dapat mengisi masa lapang. Sesetengah remaja yang hanya suka- suka bermain gitar mampu menghasilkan melodi lagu yang menarik. Bermain gitar mampu menghiburkan diri sendiri ketika masa yang terluang dan jika kita menghadapi tekanan atau stres dalam harian hidup.

Namun begitu, terdapat juga keburukan bermain gitar. Antaranya ialah bermain gitar boleh menyebabkan kita menjadi lalai dan malas untuk membuat sesuatu kerja. Selain itu, hiburan ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan manusia cepat terlupa. Bagi seorang pelajar pula akan menyebabkan mereka sering ponteng sekolah dan tidak membuat kerja sekolah. Mereka akan lebih meluangkan masa bersama kawan-kawan dengan melepak sambil bermain gitar. Majoriti masyarakat zaman sekarang memainkan gitar dengan niat dan tujuan untuk mendapakan popular dan glamour sehingga melupakan pelajaran kerana terlalu mengejar duniawi.


Kesimpulannya, seseorang yang mempunyai kebolehan bermain gitar sepatutnya menggunakan kemahiran itu sebaiknya seperti menambah pendapatan atau mengisi masa lapang. Akan tetapi, kita haruslah ingat bahawa bermain gitar juga boleh menyebabkan kita lalai.

Gaya Hidup Sihat

GAYA HIDUP SIHAT – PENGURUSAN STRES
Apa itu stres? Stres dirujuk sebagai satu reaksi yang tidak spesfik oleh tubuh badan seseorang ke atas tekanan yang diterima. Terdapat 2 jenis stres iaitu ‘Eustres’ dan ‘Distres’.
Eustres ialah stres yang positif atau baik. Sebagai contoh mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
Distres ialah stres yang negatif  atau tidak baik. Sebagai contoh membuat sesuatu kerja pada saat akhir.
Faktor- faktor berlakunya stres :
ü  Pengaruh rakan sebaya
Pergaulan bebas antara rakan juga memberi impak kepada emosi kita.Gejala sosial yang  semakin teruk mempengaruhi pemikiran remaja sekarang.
ü  Persekitaran dalam kalangan ahli keluarga
Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mengabaikan kebajikan anak- anak.Kesukaran meluangkan masa bersama anak-anak menyebabkan anak-anak terasa diabaikan.
ü  Sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Masyarakat yang sering membandingkan kelebihan dan kelemahan juga boleh mendatangkan stress kepada seseorang.Sikap suka mencari kesalahan orang lain menjadi punca seseorang menghadapi stres.





Di samping itu, kita perlu bijak dalam menangani stress agar kita dapat hidup dengan tenang dan selesa.

Langkah-langkah menangani stres :

v  Kemahiran pengurusan diri
Kita  perlu ada perancangan diri yang cekap supaya kita boleh mengikuti secara konsisten.Luangkan masa untuk diri sendiri supaya dapat tenangkan fikiran.
v  Sokongan dan dorongan ahli keluarga
Ibu bapa seharusnya meluangkan masa bersama anak-anak.Duduk berbincang dan cuba menyelesaikan masalah adalah langkah yang baik untuk menghilangkan stres.
v  Khidmat kaunseling

Jika kita tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kita sendiri,seeloknya berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat tips dan nasihat.

Perbezaan Karangan Ilmiah Dan Kreatif


DEFINISI KARANGAN ILMIAH

Penulisan ilmiah adalah karangan yang disusun oleh seorang penulis berdasarkan hasil-hasil penelitian ilmiah yang telah dilakukannya. karangan ilmiah adalah karangan ilmu pengetahuan yang menyajikan fakta dan ditulis denagan penulisan yang baik dan benar. Penulisan merupakan alat atau medium untuk menyampaikan maklumat. Penulisan juga melibtakan kemahiran, disiplin, minat, bakat dan kreativiti.
BENTUK kARANGAN ILMIAH
   o   
     Bentuk karangan ilmiah berfungsi dan berbentuk pyramid.
o   Pembaca boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja.
o   Pembaca berpuas hati dengan maklumat yang akan diperolehi.
o   Mudah menyusun tajuk.
JENIS KARANGAN ILMIAH

RENCANA                
v  
Menghibur dan member maklumat tentang kejadian, keadaan atau aspek kehidupan.
v  Merupakan kejadian sebenar.

ESEI

v  Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya bahasa.
v  Untuk tujuan akademik yang memerlukan sokongan, penerangan, hujahan dan pembuktian.

LAPORAN

v  Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu.
v  Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis kajian, metodologi kajian, analisis kajian atau penemuan dan kesimpulan.

CERAMAH
v  Ditulis sebagai persiapan penceramah untuk meningkatkan  keyakinan dan persediaan kepada penceramah.

DEFINISI KARANGAN KREATIF
Gaya cipta daripada imaginasi pengarang sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan. Wujud dalam bentuk prosa (certita, cerpen, novel) puisi (syair,pantun,sajak) drama (filem,teater).

BENTUK KARANGAN KREATIF
o   Penulisan yang mengalami proses membuat, membentuk dan merekacipta idea berdasarkan pengamatan, pengalaman dan ditokok tambah dari hasil imaginasi dan kreativiti pengarangnya.
o   Penulis bebas melakukan apa-apa sahaja mengikut bayangan, fikiran dan perasaannya.
o   Segala idea disusun dengan bahasa yang indah, berkesan dan terpilih sesuai dengan genre yang dipilih.

JENIS KARANGAN KREATIF

CERPEN
v  Cerita rekaan yang pendek yang lazimnya dikaitkan denan pembacaan yang singkat atau sekali duduk sahaja.

NOVEL
v  Cereka yang panjang dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cerpen ttapi lebih panjang dengan cerpen tetapi lebih panjang dengan pelbagai bentuk plot, latar dan persoalan. Watak-watak lebih ramai dan dibuat mengikut pembahagian bab.

DRAMA
v  Cereka yang ditulis untuk dipentaskan atau dilakonkan.

v  Ciri utama drama ialah unsur konflik dibina melalui dialog-dialog lakonan.      

Thursday, October 16, 2014

PANTUN

  PANTUN
TEMA : NASIHAT

Pakai baju warna biru,
     Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
     Kerana guru pembekal ilmu.

Berenang-renang dilaut mati,
     Yang di dalamnya tidak berpenghuni,
Hidup di dunia buatlah bakti,
     Agar hidup akan diberkati.

Orang asli menunggang kuda,
     Kuda ditunggang deras sekali,
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jangan sekali.

Pantai batu buruk Kuala Terengganu,
     Pantai cantik membelah bayu,
Panjatkan doa kita dahulu,
     Agar iman teguh selalu.

Pak Ali duduk berehat,
     Sambil memakan seikat pisang,
Hidup mestilah mendengar nasihat,


Agar kehidupan lebih senang.

WANG

WANG

Wang merujuk kepada sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun dan piawai langsaian hutang. Dalam penggunaaan harian lain, wang dirujuk sebagai mata wang kertas dan wang syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara.

Perkembangan wang bermula daripada emas, perak, tembaga, batu dan kulit kerang. Sebagai contoh, dari tahun 1946 hingga 1952 masyarakat Malaysia menggunakan wang kertas dan syiling ditempa dengan wajah monorki British 1957 menggunakan gambar bot memanacing dan pertani dengan kerbau 1975 dollar Malaya ke ringgit Malaysia. Pada zaman dahulu, kaedah sistem barter digunakan sebagai alat pertukaran barang .sistem barter memerlukan kehendak yang sama pada satu masa yang sama. Pertukaran barang tidak berlaku jika tiada persefahaman yang sama dan serentak.

Pada zaman era globalisasi ini, segala-galanya meemerlukan duit. Duit merupakan sesuatu  yang sangat penting dalam kehidupan harian. Namun begitu, Kita haruslah bijak dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan wang. Sebagai contoh, kita boleh menyimpan wang dalam Amanah Saham Berhad (ASB) untuk meningkatkan pendapatan kita. Sekurang-kurangnya kita mempunyai simpanan untuk digunakan semasa berlaku kecemasan. Di samping itu, kita juga patut mengurangkan perbelanjaan harian yang tidak penting. Jika kita kekurangan wang dan perbelanjaan kita bertambah, kita akan mendapat tekanan yang tinggi dan stres yang melampau.

Di samping itu, hal berkaitan dengan wang terdapat kebaikan dan keburukan. Kebaikan wang adalah dapa tmenggalakan urusan perniagaan dalam masyarakat. Melalui perniagaan, ia dapat meningkatkan pendapatan bulannan kita. Trend zaman sekarang perniagaan dalam talian menjadi salah satu perniagaaan yang maju dan mendatangkan pualangan wang yang lumayan. Selain itu, wang juga dapat meningkakan pembahagian kerja di dalam pelbagai sektor. Hal ini dapat memastiakan tahap keberkesanan dalam kerja dapat ditingkatkan, komunikasi dan keyakinan dalam melakukan sesuatu kerja dapat ditingkatkan. Pengurusan masa yang lebih cepat dan teratur menyebabkan pembahagian kerja menjadi lebih berkesan.

Seterusnya, penggunaan kad kredit dapat menampung perbelanjaaan kita. Namun begitu, penggunaan kad kredit melebihi had boleh menyebabkan kita menangung hutang yang banyak. Olehitu, kita hendaklah bijak dalam menggunakan kad kredit. Tidak semua barang yang kita beli perlu menggunakan kad kredit. Penggunaan wang juga dapat meningkatkan produktiviti serta dapat mengekalkan kualiti sesuatu produk. Selain itu, dari segi pinjaman oleh mana-mana individu atau pihak, pinjaman wang daripada bank penting untuk memulakan perniagaan.

Namun begitu, dari segi individu wang juga member kesan dalam kehidupan kita. Misalnya jika kita mempunyai wang yang banyak, kita akan bersikap boros dengan serta merta. Berbelanja barangan yang mahal dan tidak penting dan mengikut kehendak diri sendiri. Kesannya, kita juga menangggung kesulitan jika tiada mempunyai wang. Ini menyebabkan kita terpaksa berhutang kerana perbelanjaan melebihi pendapatan. Seeloknya kita menyimpan wang itu digunakan apabila berlaku kecemasan dan kesulitan.

Selain itu, dari segi sector ekonomi wang dapat mempengaruhi ekonomi dalam sesebuah negara. Justeru itu, Negara dapat menggalakan berlakunya perlaburan asing. Nilai mata wang asing tinggi dan memberi keuntungan kepada ekonomi negara kita. Seterusnya, wang dapat mengimbangi kadar inflasi dalam Negara kita. Namun, kita hendaklah bijak dalam pengurusan dan kenaikan kadar inflasi. Ia mempengaruhi pendapatan kita juga.

Akhir sekali, penggunaan wang dalam kehidupan kita haruslah stabil. Ini akan menimbulkan banyak masalah yang akan mengundang. Kita seharusnaya bijak dalam menguruskan perbelanjaan harian mengikut pendapatan dan kemampuan diri sendiri. Kita juga sepatutnya menyimpan wang tabungan kita untuk digunakan jika berlakunya kecemasan.