WANG
Wang
merujuk kepada sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah
di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli. Wang
juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun dan piawai langsaian hutang.
Dalam penggunaaan harian lain, wang dirujuk sebagai mata wang kertas dan wang syiling
yang berada dalam edaran sesebuah negara.
Perkembangan
wang bermula daripada emas, perak, tembaga, batu dan kulit kerang. Sebagai contoh,
dari tahun 1946 hingga 1952 masyarakat Malaysia menggunakan wang kertas dan syiling
ditempa dengan wajah monorki British 1957 menggunakan gambar bot memanacing dan
pertani dengan kerbau 1975 dollar Malaya ke ringgit Malaysia. Pada zaman dahulu,
kaedah sistem barter digunakan sebagai alat pertukaran barang .sistem barter
memerlukan kehendak yang sama pada satu masa yang sama. Pertukaran barang tidak
berlaku jika tiada persefahaman yang sama dan serentak.
Pada
zaman era globalisasi ini, segala-galanya meemerlukan duit. Duit merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan harian.
Namun begitu, Kita haruslah bijak dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan wang.
Sebagai contoh, kita boleh menyimpan wang dalam Amanah Saham Berhad (ASB) untuk
meningkatkan pendapatan kita. Sekurang-kurangnya kita mempunyai simpanan untuk digunakan
semasa berlaku kecemasan. Di samping itu, kita juga patut mengurangkan perbelanjaan
harian yang tidak penting. Jika kita kekurangan wang dan perbelanjaan kita bertambah,
kita akan mendapat tekanan yang tinggi dan stres yang melampau.
Di
samping itu, hal berkaitan dengan wang terdapat kebaikan dan keburukan.
Kebaikan wang adalah dapa tmenggalakan urusan perniagaan dalam masyarakat.
Melalui perniagaan, ia dapat meningkatkan pendapatan bulannan kita. Trend zaman
sekarang perniagaan dalam talian menjadi salah satu perniagaaan yang maju dan mendatangkan
pualangan wang yang lumayan. Selain itu, wang juga dapat meningkakan pembahagian
kerja di dalam pelbagai sektor. Hal ini dapat memastiakan tahap keberkesanan dalam
kerja dapat ditingkatkan, komunikasi dan keyakinan dalam melakukan sesuatu kerja
dapat ditingkatkan. Pengurusan masa yang lebih cepat dan teratur menyebabkan pembahagian
kerja menjadi lebih berkesan.
Seterusnya,
penggunaan kad kredit dapat menampung perbelanjaaan kita. Namun begitu,
penggunaan kad kredit melebihi had boleh menyebabkan kita menangung hutang yang
banyak. Olehitu, kita hendaklah bijak dalam menggunakan kad kredit. Tidak semua
barang yang kita beli perlu menggunakan kad kredit. Penggunaan wang juga dapat meningkatkan
produktiviti serta dapat mengekalkan kualiti sesuatu produk. Selain itu, dari segi
pinjaman oleh mana-mana individu atau pihak, pinjaman wang daripada bank
penting untuk memulakan perniagaan.
Namun begitu,
dari segi individu wang juga member kesan dalam kehidupan kita. Misalnya jika kita
mempunyai wang yang banyak, kita akan bersikap boros dengan serta merta.
Berbelanja barangan yang mahal dan tidak penting dan mengikut kehendak diri sendiri.
Kesannya, kita juga menangggung kesulitan jika tiada mempunyai wang. Ini menyebabkan
kita terpaksa berhutang kerana perbelanjaan melebihi pendapatan. Seeloknya kita
menyimpan wang itu digunakan apabila berlaku kecemasan dan kesulitan.
Selain
itu, dari segi sector ekonomi wang dapat mempengaruhi ekonomi dalam sesebuah negara.
Justeru itu, Negara dapat menggalakan berlakunya perlaburan asing. Nilai mata wang
asing tinggi dan memberi keuntungan kepada ekonomi negara kita. Seterusnya,
wang dapat mengimbangi kadar inflasi dalam Negara kita. Namun, kita hendaklah bijak
dalam pengurusan dan kenaikan kadar inflasi. Ia mempengaruhi pendapatan kita juga.
Akhir sekali,
penggunaan wang dalam kehidupan kita haruslah stabil. Ini akan menimbulkan banyak
masalah yang akan mengundang. Kita seharusnaya bijak dalam menguruskan perbelanjaan
harian mengikut pendapatan dan kemampuan diri sendiri. Kita juga sepatutnya menyimpan
wang tabungan kita untuk digunakan jika berlakunya kecemasan.
No comments:
Post a Comment