Sunday, October 19, 2014

Gaya Hidup Sihat

GAYA HIDUP SIHAT – PENGURUSAN STRES
Apa itu stres? Stres dirujuk sebagai satu reaksi yang tidak spesfik oleh tubuh badan seseorang ke atas tekanan yang diterima. Terdapat 2 jenis stres iaitu ‘Eustres’ dan ‘Distres’.
Eustres ialah stres yang positif atau baik. Sebagai contoh mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
Distres ialah stres yang negatif  atau tidak baik. Sebagai contoh membuat sesuatu kerja pada saat akhir.
Faktor- faktor berlakunya stres :
ü  Pengaruh rakan sebaya
Pergaulan bebas antara rakan juga memberi impak kepada emosi kita.Gejala sosial yang  semakin teruk mempengaruhi pemikiran remaja sekarang.
ü  Persekitaran dalam kalangan ahli keluarga
Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mengabaikan kebajikan anak- anak.Kesukaran meluangkan masa bersama anak-anak menyebabkan anak-anak terasa diabaikan.
ü  Sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Masyarakat yang sering membandingkan kelebihan dan kelemahan juga boleh mendatangkan stress kepada seseorang.Sikap suka mencari kesalahan orang lain menjadi punca seseorang menghadapi stres.





Di samping itu, kita perlu bijak dalam menangani stress agar kita dapat hidup dengan tenang dan selesa.

Langkah-langkah menangani stres :

v  Kemahiran pengurusan diri
Kita  perlu ada perancangan diri yang cekap supaya kita boleh mengikuti secara konsisten.Luangkan masa untuk diri sendiri supaya dapat tenangkan fikiran.
v  Sokongan dan dorongan ahli keluarga
Ibu bapa seharusnya meluangkan masa bersama anak-anak.Duduk berbincang dan cuba menyelesaikan masalah adalah langkah yang baik untuk menghilangkan stres.
v  Khidmat kaunseling

Jika kita tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kita sendiri,seeloknya berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat tips dan nasihat.

No comments:

Post a Comment