Gitar merupakan sejenis alat muzik bertali yang telah lama
digunakan dalam pelbagai jenis muzik. Gitar terdiri daripada satu batang leher
yang panjang,terdapat ruas-ruas yang dipanggil “fret” dan badannya seakan-akan
bentuk biola. Gitar merupakan alat muzik yang sangat popular dalam kalangan
masyarakat tak kira muda atau tua.Golongan muda ada caranya sendiri
denganmenubuhkan band manakala golongan tua dengan gayanya.
Gitar banyak
digunakan sebagai alat utama muzik kerana gitar sejenis alat muzik yang unik
berbanding alat-alat muzik yang lain. Jenis genre antaranya adalah blues, desa,
flamenco, pop rock, jazz dan rock retro. Terdapat enam jenis gitar iaitu gitar
klasik, gitar elektrik, gitar semi akustik, gitar sepanyol,gitar elektrik bass
bertali lima dan gitar pelik moodswinger. Antara gitar yang biasa dimainkan
oleh artis zaman sekarang adalah gitar elektrik dan gitar akustik. Gitar juga
mempunyai empat jenama yang terbaik di dunia iaitu Gibson, gitar Finder, gitar
Morrison dan gitar Yamaha.
Terdapat beberapa kelebihan bermain gitar seperti kita mampu
menjana pendapatan seharian. Contohnya bagi pelajar yang cuti semester atau
yang baru sahaja menghabiskan pelajaran yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan
mereka boleh menggunakan bakat yang boleh bermain gitar untuk mencari duit lebih
di majlis perkahwinan atau “busking”. Selain itu, bermain gitar mampu
menghilangkan rasa bosan dan dapat mengisi masa lapang. Sesetengah remaja yang
hanya suka- suka bermain gitar mampu menghasilkan melodi lagu yang menarik. Bermain
gitar mampu menghiburkan diri sendiri ketika masa yang terluang dan jika kita
menghadapi tekanan atau stres dalam harian hidup.
Namun begitu, terdapat juga keburukan bermain gitar.
Antaranya ialah bermain gitar boleh menyebabkan kita menjadi lalai dan malas untuk
membuat sesuatu kerja. Selain itu, hiburan ini adalah salah satu faktor yang
menyebabkan manusia cepat terlupa. Bagi seorang pelajar pula akan menyebabkan
mereka sering ponteng sekolah dan tidak membuat kerja sekolah. Mereka akan
lebih meluangkan masa bersama kawan-kawan dengan melepak sambil bermain gitar. Majoriti
masyarakat zaman sekarang memainkan gitar dengan niat dan tujuan untuk
mendapakan popular dan glamour sehingga melupakan pelajaran kerana terlalu
mengejar duniawi.
Kesimpulannya, seseorang yang mempunyai kebolehan bermain
gitar sepatutnya menggunakan kemahiran itu sebaiknya seperti menambah
pendapatan atau mengisi masa lapang. Akan tetapi, kita haruslah ingat bahawa
bermain gitar juga boleh menyebabkan kita lalai.
No comments:
Post a Comment